Kami Pemuda Tambun
Wadah kepimpinan belia yang berkomitmen membangun komuniti melalui perkhidmatan yang ikhlas, kepimpinan yang berintegriti, dan perjuangan yang berterusan untuk kesejahteraan rakyat Tambun.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat Bangsa, Agama & Negara.
Sebagai sebuah sayap kepada parti UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun beriltizam untuk memastikan semua ahli Pergerakan Pemuda mendukung penuh Agenda Perjuangan UMNO seperti yang telah digariskan dengan menggalakkan dan menggiatkan semua ahli Pergerakan Pemuda untuk terlibat didalam aktiviti-aktiviti Agama, Politik, Pendidikan, Ekonomi, Kebudayaan, Sukan dan Kebajikan Masyarakat.
Barisan kepimpinan yang berdedikasi memimpin dengan integriti dan berkhidmat untuk kemajuan bersama.
Pemuda UMNO Tambun telah menggariskan 6 asas perjuangan kami yang akan meliputi kesemua aspek di dalam kehidupan anak muda Tambun pada hari ini.
Terdapat pelbagai inisiatif dan program yang telah dirangka berasaskan 6 topik iaitu: Agama, Ekonomi, Sukan/Kebudayaan/Rekreasi, Pendidikan, Politik dan Kebajikan.